Wednesday, August 27, 2008

Siapa mahu belanja makan?

Hari ni post panjang sket...

Belanja Makan
Hari ahad yg lepas, apit telah membelanje aku ngan adzam makan. Kami makan di KK12. memule adzam ajak, tapi aku tak mahu pergi. tetapi disebabkan ade perasaan lapar yg membara aku pon setuju untuk ikut. aku ingat nak makan keropok lekor je...bile aku samapi kat kete je, adzam kate apit nak belanje...aku pon layan jela...akhirnye aku makan nasi. gamba nasi masih byk tak sempat amik sebab lapar sangat...terus makan tak sempat nak amik gamba pon.
pinggan yg menyaksikan kelaparan kami

Bekas Makanan FREE
pada hari isnin plak aku dah amik bekas makanan. Hal bekas makanan ini pernah menjadi antara isu hangat di 4th. Mule2 dikenakan bayaran RM 6 setiap satu kepada pelajar yg ingin menapau makanan (kirenye sape xnak tapau tu, takyah la beli. tapi kalu tetibe nak tapau tak boleh gune bekas lain selain bekas ini). setelah perjmpaan ngan master, beliau telah bermurah hati untuk memberi kami bekas ini secara percuma. TQ master.
pandangan atas (bersama penutup)
pandangan atas (tanpa penutup)
yg penting, MADE IN MALAYSIA

Test Polymer
Prof Wan Haliza berkate 'permatang pauh test' sebab waktunye pada pukul 6 pada hari mengundi di permatang pauh (26/8/2008). Test yg boleh diklasifikasikan sebagi 'ok'. walaupun tak dapat jawab, tapi rase cam ok je...:(
nota polymer yg belum diringkaskan (12 lecture)
setelah diringkaskan (5 helai SHJ)

Rakan
Al-Adzam Shah (Atong). beliau kate, takde post pasal aku ke...?kepade beliau. ni aku siap bagi gamba ngan link ke blog kamu. Oh ye, sile la ke blog beliau. Ade video die nyanyi time feskum.
klik sini untuk ke blog beliau

Adzam memakai baju 'orang utan'

nota: banyak gamba kan kali ni...:)

Sunday, August 24, 2008

Selamat hari lahir dan selamat tinggal

selamat hari lahir kepada Saiful Adnin bin Azizi atau dikenali sebagai sepot. Semoga panjang umur murah rezeki. diberi kesejahteraan di dunia dan akhirat. maka genaplah usia beliau 21 tahun dan genapla umur aku 21 tahun 1 bulan. sepot ni adelah salah seorang yang aku kenal yg lahir pade 24 haribulan.

24/1 -
24/2 - Along
24/3 - Bobby
24/4 - bapak aku
24/5 -
24/6 - Sufee
24/7 - Saii
24/8 - Sepot
24/9 - Amir
24/10 -
24/11 -
24/12 - Kak Faiezah

ini adalah senarai org yg lahir pada 24 hb yg aku tau.

pade 24/7/2006. selain dr besday aku yg ke 19. hari itu jugak aku berjaya dapatkan lesen memandu (P) dan pade hari ini 24/8/2008 dengan rasminya lesen P aku sudah tamat dan aku memegang lesen memandu yg penuh untuk kelas B2 dan D. yeah!


nota: aku sudah bebas memandu tanpa risaukan pelekat P

Saturday, August 23, 2008

Tontonan Umum


Salah satu rancangan tv yg aku gemari sudah tamat untuk musim ini. rancangan yg aku maksudkan adelah Renjis. dengar cite rancangan ni akan disambung untuk musim kedua. bagus2. so skang ni rancangan yg menarik perhatian aku adelah Alam's Story. cite pasal pemenang So You Think You Can Dance Malaysia musim pertame. bg aku cite ni bestla...korg bleh tgk cite ni kat 8TV hari Ahad, jam 10-11 malam. kalu terlepas, bleh tonton kat sini

selamat menonton.

nota: baru episod 3

Wednesday, August 20, 2008

Masjid India

15082008 aku ngan kak kaii telah menjelajah ke Masjid India untuk membeli kain baju melayu aku. penat berpusing di semua kedai di situ, akhirnye aku beli k ain tu kat lorong kedai yg first skali yg kitorang masuk. penat je jalan... pastu beli sesuatu yg baru untuk aku sebagai hadiah hari lahir aku kepada diri aku sendiri...best2...walaupun terpakse meredah hujan...namun berbaloi juga kerana aku dapat beli kain baju melayu dan hadiah hari lahir aku...


Sony Ericsson K810i

First Shot
(saii n kak kaii)


korang masih ingat lagi first shot untuk hp atau camera korang???at least aku abadikan...oh ye, KR adelah org pertame yg call aku. shahino adelah org pertame yg aku mesej. mesej pertame sampai drpd Hasif. MMS pertame dari kak kaii. call out yg pertame aku buat adelah rumah....wah bile dah bleh amik gamba nih blehla aku letak gamba kat blog slalu...

tarikh hari ni sangat la best...20 Ogos 2008. atau lagi cantik ditulis 20082008.
selamat hari lahir buat saudari Hazirah bt Hasnan dan emak kak fadh. Semoga panjang umur murah rezeki hendaknye...amin

nota: tiada

Thursday, August 14, 2008

Aku puas walau hanya bertepuk tangan

asrul n babang

kepada pelajar 4th,
pelajar 4th akan dapat tupperware baru yang seragam. kitorang tak mintak, tp Alhamdulillah kalu pihak pengurusan nak bg, kitorg amik jek. walau pada awalnya, ia dikenekan bayaran RM 6 per tupperware akhirnya ia diberi percume.

kepada Ayuni,
mmgla kite kene ikut ape yg master soh kite buat. tapi kamu tu sebagai 'org-org yang berada diatas' kene la fikir baik buruknya. ape pendapat student. kamu tu pemimpin. kamu sepatutnya memimpin dan memperjuangkan nasib 'org-org yg dibawah kamu' dan buat keputusan kamu berdasarkan pendapat mereka. kalu baik terima, kalu buruk tolak. bukannya kamu ikut sahaje telunjuk 'org yg lebih atas' dr kamu. kamu ni di universiti, bukannya sekolah.

kepada En Syed, (saye masih memanggil encik)
ye saye yg bertepuk tangan. mmg saye mahu bertepuk tangan. bukan disebabkan ade org lain yg cube pengaruhi saye untuk bertepuk tangan. kamu selalu kate jangan cakap belakang2 kan??? kamu tu pon kene hentikan juge cakap2 blakang kamu tuh. sebelum ni saye tahu yg kamu akan meninggalkan 4th. tapi saye tak cakap ape2 sebab saye mau dengar dr mulut kamu sendiri. akhirnya kamu lafazkan....ye saye tak suke tindakan kamu...

kepada master salihin,
TERIMA KASIH.

kepada Babang,
habisla ko kene buang kolej pas nih...hahahaha:P

nota: saye harap org2 yg berkenaan bace tulisan saye nih...

Friday, August 8, 2008

080808

tarikh hari ni 8 ogos 2008. tarikh cantik yang amat sukar didapati. Happy besday kiran dan semoga panjang umur murah rezeki dan diberi kesejahteraan didunia dan akhirat. amin

kepada rakan2 wanita yang suke bershopping dan rakan2 lelaki yg mahu mencari pakaian untuk dihadiahkan kepada rakan wanita anda. silelah layari http://etoffe-clothes.blogspot.com/
ni antare bisnes kawan aku. aku tolong promote je. ajakla rakan2 anda sekali untuk membeli barangan mereke...

nota: kiran, maafkan kami yg selalu mengherdikmu!!!!!!!!

Thursday, August 7, 2008

Selamat Hari Lahir Ibu!

Mak, selamat hari lahir yang ke 60 tahun. semoga panjang umur dan murah rezeki. mak orang paling best sekali dalam dunia. sayang sangat kat mak. hari tu mase orang sakit mak yang jage. mak tak tido pon. orang mintak maaf atas segale kesalahan yng dah orang lakukan sepanjang hidup ni. sayang mak.

nota: Tarikh lahir emak adelah 6/8/1948