Friday, May 30, 2008

Masalah Kesihatan


kepada pembaca blog ini, saya ingin memberitahu kepada anda bahawa saya sudah mengalami demam panas sejak hari rabu (28/5/2008). pagi tadi setelah ujian darah dibuat ke atas saya telah menunjukkan bahawa platlet sy berada dalam keadaan rendah.(150x10^3 / mikro L)

oleh itu saya diminta untuk kembali semula ke klinik esok untuk memeriksa sama ada platlet sy naik atau tidak. jika tidak saya akan dimasukkan kedalam hospital. saya berharap anda berdoa bersama-sama saya supaya saya tidak dimasukkan kedalam hospital.

oleh itu mungkin saya tidak dapat memblog untuk seketika. harap maaf.

Tuesday, May 27, 2008

aku ada untukmu




Aku Ada Untukmu

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Lagu : Zeti Akmar
Lirik : Abie Abdullah

Monday, May 26, 2008

mahu atau tidak mahu!

mahu atau tidak mahu. terpulang kepada individu. jika setuju dan benar-benar mahu teruskan. jangan teruskan jika atas desakan atau permintaan orang lain. lainla kalu kamu benar2 mahu. kenapa mahu? kenapa perlu? perlukah kamu mahu?

mengapa perlunya kuasa? perlukah kuasa? jika kuasa perlu, perlukah manusia mahu kuasa? jika perlu, kenapa kuasa? bukankah jika seseorang itu berkuasa semakin banyak perkara yang dimahukan lebih daripada apa yang diperlukan?

menurut fizik, kuasa (P = W/t) bermakna kadar melakukan kerja manakala kerja (W = Fs) pula adalah daya yang digunakan/diperlukan pada satu jarak/sesaran. huraiannya secara logik, seseorang yang berkuasa perlu melakukan kerja. tetapi sejauh mana kerja yang dilakukan itu betul2 jujur dan berkesan.

nota: ada sebab saya menulis kaitan tentang kuasa, kerja, mahu, perlu

Sunday, May 4, 2008

kembali memblog

kini saya kembali memblog...tapi mungkin untuk seketika...baru saje habis exam..5 paper, tapi susah yang amat. Bak kate en Amir. Welcome to second year. tapi ni dah nak masuk third year da...ahaks ahaks... okla sedang melayan facebook. MOBWARS

nota: saye kini ber'level' 13