Tuesday, December 30, 2008

Aku menang peraduan

Suatu hari dulu, aku layari satu web nih. Eh ade peraduan katenye. Filem Histeria. Jawab 3 soklan, boleh menang. Mula2 aku cam malas je nak masuk. Tapi sebab dah bosan sangat, aku anta jela. Dgn harapan blehla dapat mane2 hadiah.

Hari ni aku cek kat web tu, wah... name aku ade dalam senarai pemenang. Aku menang beg galas. Tak tau la beg ni camne bentuknye. Belum dpt lagi hadiahnye. Baru umum. Beg tu berharge, tgk la kat gamba bawah nih. :D

Alhamdulillah, aku baru berkire2 nak beli beg baru. Kalu beg ni ok, nampaknye takyahla aku nak beli beg baru. :D

Tgk harge beg tuh...:D
Name aku no 9

Alhamdulillah, terima kasih

Peraduan dan Print Screen dari web :
http://www.budiey.com

Monday, December 29, 2008

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.

tunku mukhriz tuanku munawirPemasyhuran tersebut berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti pada kira-kira jam 3.50 petang ini.

Pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, dan disiarkan secara langsung oleh RTM.

Tunku Mukhriz, 59, dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, berikutan kemangkatan Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman Sabtu lalu.

Tunku Mukhriz dipilih daripada empat orang calon. Tiga lagi ialah Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja'afar and Tunku Panglima Besar Tunku Putera Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.

Baginda merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).

Tunku Mukhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya , selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.

Pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diputuskan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau.

Pemilihan itu adalah mengikut garis panduan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Sementara itu, istiadat pemakaman jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman akan dijalankan selepas solat Asar hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Tuanku Muhriz menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah King George V, Seremban dan meneruskan pengajiannya di Aldenhem School, United Kingdom.

Tuanku Muhriz memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom.

Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal daripada enam putera serta puteri Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah Binti Tuanku Besar Burhanuddin.

Tuanku Muhriz mendirikan rumahtangga dengan Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu dan mempunyai tiga putera iaitu Tunku Ali Redhauddin Muhriz, 31, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz, 26, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 23.

Pada 1967, Tuanku Ja'afar yang juga ayahanda saudara tiri Tuanku Muhriz, dilantik oleh Undang sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, memandangkan usia Tuanku Muhriz yang masih muda pada ketika itu, selepas kemangkatan ayahanda baginda, Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Muhriz adalah seorang ahli perniagaan dan pengarah Bangkok Bank.

Sumber: Malaysiakini

Sunday, December 28, 2008

Awal Muharram 1430 Hijrah


Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 H. Maknenye dah seribu empat ratus tiga puluh tahun dari masa penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Marilah kita bersama-sama berazam untuk menjadikan keseluruhan tahun ini (1430 H) lebih baik daripada tahun yang lepas (1429 H).

Oleh itu, kepada sesiapa sahaja yang mengenali aku khususnya pembaca blog aku ni, aku ingin memohon kemaafan kepada anda semua jika terdapat tersalah kata, terkasar bahasa, tersalah laku dan lain2 lagi. Kepada anda semua juga, jika anda ade salah ngan aku, jgn risau aku sudah memaafkan kesalahan anda semua.

Jika ada jarum yg patah,
Jgn disimpan didalam peti,
Jika ada silap dan salah,
Jangan disimpan didalam hati.

Ikhlas dari hati,
saipul fakir


Monday, December 22, 2008

Yeah! Mari Membuat Karipap

Petang2 aritu kakak ipar aku buat inti karipap gune kentang. Selalu gune keledek tapi sebab kentang untuk kenduri aritu masih ade banyak, so kentang pon kentang la. layan.

petang tu plak, kakak2 aku yg lain takde. Belum balik kerje lagi. So aku pon dipaksela membuat karipap. ala tolong kelim karipap tu je. tak susah pon. dulu kecik2 penah buat. dah besar ni malas plak. lame tak kelim karipap nih. agak banyak gakla. dalam 2 talam (aku panggil dulang=talam).

ha.. korang jgn ingat aku tak tau buat karipap... sebenanye kacang je nak buat tu... yg penting bakat...haha

Talam no 1

Talam no 2

Amacam cantik tak aku kelim karipap nih...:D

malam tu plak aku gi supermarket Giant kat Shah Alam tu. Aku ngan abg aku nak beli air soya. sedap dowh. abg aku beli 2 dozen= 24 kotak air soya saiz yg besar tu. haha.. hari2 aku minum air soya tu je...

pastu aku beli rak. perancangannye untuk letak buku2 yg ade kat bilik aku nih. tapi bile dah pasang aku letak baju2 aku ok gak. so skang ni rak tu dah jadi rak baju la. haaa aku pasang sendiri tau rak nih. ala tak susah mane pon nak pasang. Pasang2 skru je, tetibe dah siap. so sape kate aku takleh pasang rak nih

sebelum

Selepas

ceh baru aku prasan post blog kali ni macam nak mempromote yg aku boleh buat itu, boleh buat ni macam2 lagi kan...sebenanye takde niat pon nak wat camtu. kalu ade niat pon, suke aku la nak tulis ape, dah blog aku kan?


Saturday, December 20, 2008

PC Fair

Kali ni abg aku ajak aku gi PC fair. lame dah aku tak pegi. sebelum aku pegi tu anta kete die kat shah alam dulu sebab org nak pinjam. pastu baru gerak gi PC fair kat KLCC. Pusing2 kat sane abg aku tlg abg aku yg lain belikan externel, pendrive ngan hard disk. Anak sedare aku plak kirim pendrive.

External hardisk 120GB = RM 119
Pendrive 4GB = RM 25
Pendrive 8GB = RM (tak ingat)
Hard disk 80GB = pon tak ingat gak

aku plak beli,
bluetooth device = RM 18
Pendrive 4GB = RM 26

lame aku cari pendrive camni. akhirnye jumpe..:D

Hari Raya Haji

Ye memang post kali ni lambat sangat, saje je tulis sehari terus, banyak2.
Raye tahun ni ni sume org raye kat sini. Sume tido sini. Tahun ni family aku buat korban, tujuh bahagian semuenye bermaksud seekor lembu. Tahun ni kitorang buat korban untuk mak, bapak ngan abg2 aku (abg ipar pun termasuk skali). So oleh kerana keluarga aku ramai, hanya sebahagian sahaje yg dapat bahagian untuk korban kali ni.


Senarai name org yg menyertai korban

Tahun depan giliran kakak2 aku (kakak ipar pun termasuk sekali). Nampaknye giliran aku lambat lagi la nih. Sehari sebelum raya, orang lembu tu datang anta lembu kat umah. Lembu tu diikat kat pokok rambutan yg kat depan umah aku nih.


Esoknye, lepas balik surau, sume org dah datang utk sembelih lembu dan melapah/menyiat (betul ke bahase nih) lembu tuh. Walaupun hujan lebat, proses penyembelihan tetap berjalan lancar.




Buat pertame kalinye aku menolong melapah/menyiat daging lembu tu.dah besar la..kene la tolong sket (walaupun sebenanye kene pakse) Aku masih boleh rase kepanasan daging lembu tu. Ade daging yg masih bergerak2. kagum2

Daging tu diletak kat dalam 7 dulang. 3 dulang diambil untuk buat kenduri tahlil dan 4 dulang dibungkus untuk dibahagi2kan kepada jiran2. kire2 1.5 kilo untuk setiap rumah. layan.

malam sebelum raya, siap2 buat sambal dulu

mengclearkan ruang tamu tuk kenduri malam tu

Malam tu plak, ade kenduri tahlil. banyaknye makanan. semuanye berjalan lancar.



Friday, December 5, 2008

Gambar ke Klip

Ternyata aku dah kehabisan kerje nak buat dirumah hingga aku boleh buat klip nih. Mase ni sebenanye nak amik sekeping gamba je. Tapi akhirnye amik gamba2 yg tak sepatutnye. So bile aku dah boring2 aku edit la sume gamba jadi klip nih.




Thursday, December 4, 2008

Cite pasal conferrence RCSSST 2008




Dari 30 Nov sampai 2 Disember yg baru lepas ni, sume student Dr Khaulah (aku, kak fairus, Yati, Abg Ali, Abg Nizam, Toong, Lim) kene pegi conferrence. 24th Regional Conferrence On Solid State Science & Technology (RCSSST). Kitorang bertolak dari UM pukul 2.30ptg walau pada awalnye sume bersetuju pegi lepas zuhur pukul 1.30 ptg. Tapi 2.30 pun lepas zuhur gak kan...

Sampai Tiara Beach Resort pukul 5.00 ptg. Register bilik ngan register untuk conferrence. Kitorg di beri bilik A-1-22, A-1-22A, A-1-26.

kitorang kene buat poster presentation. pagi 1 hb tu kitorang tampal poster dan mendengar oral presentation. Bile habis sume tuh, kitorng cepat2 tuka baju dan terjun kat kolam mandi. Kedalamannye 1.2 meter. Ala takat dade aku je. tapi kalu abg nizam dah sampai leher dah...haha

malam tu ade dinner dan majlis perasmian. makan ok. layan je. malam tu gakla kitorang dapat tgk bulan yg cantik tuh...abg nizam ade amik gambar.nnti kalu aku dah dapat gambar tu aku post kat blog ni eh..

next morning, buat perkare yg same. kak fairus mengalami masalah di telinge. so tak dapat join kitorang. sampai demam2 katenye. bile tgh hari tu, Prof Saadah bg speech. Bangge plak aku bile ade wakil UM yg bagi speech.

belah petang plak, majlis penutupan. Dgr ucapan yg lebih kurang pastu penyampaian sijil untuk top ten poster presentation. Ade 147 penyertaan. Dari 3 poster student Dr Khaulah, 2 menang iaitu poster aku ngan lim dan kak fairus ngan abg ali. tahniah kepade kami.







kak fairus msj Dr Khaulah. pastu Dr call kitorang dan ucap Tahniah. Ape korang ingat kitorang nak balik terus ke??? mane bleh... kitorang pegi jalan2 dulu kat Teluk Kemang. Yati yang nak pegi sangat...tapi aku pon nak pegi gak sebenanye... nak tgk matahari terbenam..:P




amik2 gamba pastu makan. pastu balik. rupe2nye kalu conferrence ni macam ni. sebab aku tak penah pegi sebelum ni so aku tak dapatla nak compare ngan conferrence lain. tak banyak sangat gambar yg diambil gune hp aku. sebab kebanyakkannye diambil gune kamera abg nizam. nnti aku share..





nak lihat gamba kak fairus sedang sakit telinge??? ini dia...
walau sakit telinge, senyum tetap maintain...haha
Dr Khaulah bg undergrad student die cuti seminggu. minggu depan plak post grad cuti. so dak2 undergrad kire cuti 2 minggu la...