Sunday, December 28, 2008

Awal Muharram 1430 Hijrah


Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 H. Maknenye dah seribu empat ratus tiga puluh tahun dari masa penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Marilah kita bersama-sama berazam untuk menjadikan keseluruhan tahun ini (1430 H) lebih baik daripada tahun yang lepas (1429 H).

Oleh itu, kepada sesiapa sahaja yang mengenali aku khususnya pembaca blog aku ni, aku ingin memohon kemaafan kepada anda semua jika terdapat tersalah kata, terkasar bahasa, tersalah laku dan lain2 lagi. Kepada anda semua juga, jika anda ade salah ngan aku, jgn risau aku sudah memaafkan kesalahan anda semua.

Jika ada jarum yg patah,
Jgn disimpan didalam peti,
Jika ada silap dan salah,
Jangan disimpan didalam hati.

Ikhlas dari hati,
saipul fakir


1 Comment:

ka-ii said...

sama2 maaf. happy new year 2u2.