Thursday, July 17, 2008

Aku tak mahu tidur lagi!

pernah tak korang rase mengantuk dalam kelas atau lecture??? tipula kalu tak pernah. tido dalam lecture atau kelas bukanla tido sampai lame2 tapi kadang2 kite tak dapat mengawal mate dan terlelap seketika. pastu tersengguk2 (betul ke perkataan nih). ini la yg aku maksudkan tertido dalam post kali nih.

kebelakangan ini aku asyik terlelap seketika dalam lecture (dalam 5 saat) dalam selang mase yang kejap. ala korang pon pernah kan??? hari ni aku sedar dan dapat rasekan perasaan lecturer kalu student tido dalam kelas. sejak kak fairus ngan kak akma cakap Prof Kwek tak suke org tido dalam kelas die, aku rase insaf plak. dorg kate Prof Kwek kalu ajar sangat bersemangat. bile aku fikir2 balik, betul jugak. cume aku je yg tak perasan. lepas nih aku tak akan tertido lagi dalam lecture.

so aku praktikkan usehe aku taknak tido dalam lecture yg selalu aku terlelap iaitu lecture Prof Wan Haliza tadi. rupe2nye memang aku rugi selame ni sebab tertido dan tak amik perhatian dan note dalam lecture die. rugi2. aku dapat sesuatu yg aku tak dapat sebelium nih iaitu pengetahuan yg fresh. jadi, mulai hari ni aku taknak tertido lagi dalam lecture. Lecture takkan jadi boring kalu korang betul2 dengar dan fahami ape yg cube nak disampaikan oleh lecturer.

kepada semua guru dan lecturer yang aku pernah tido dalam kelas mereka. aku minta maaf banyak2. semoga anda memaafkan dan doakan saye tidak tidur lagi dalam lecture. kepada rakan2 semue, marilah kite berubah. jangan tido lagi dalam lecture.

nota: kalau ngantuk sangat, keluar je lecture dan rest jap. pastu masuk balik.

2 Comments:

Danielle_Corleone said...

kalo ngantuk balik kolej tido. tak yah pegi klas tu. saya yg jahat dan nama tiap2 sem masuk miting dekan sbb kuat ponteng pun bleh grad! hahahahaha!

Anonymous said...

sy lagi jahat dr daniyal..hahaha..klu xmo tertido dlm klas isap rokok sbtg dulu sblom masuk klas..confirm fresh..hahaha..