Wednesday, January 7, 2009

Sesuatu Yang Istimewa dan Apa Yang Paling Sukar?

Pada pengetahuan anda, undian di sebelah kanan blog ni dah ditutup. Berikut adalah keputusannye

Keputusannya:
69% bersetuju bahawa perkataan ' I Love You ' adalah yang paling sukar diucapkan. Bg aku memang sukar nak ucapkan bende ni. kalau senang takla perkataan ni beharge kan. Pada pendapat aku gak, perkataan ni jadi susah untuk org yg baru nak stat sesuatu perhubungan kot.

15% bersetuju ' Jangan ' sukar untuk diluahkan. 7% bersetuju 'maaf' dan 7% juga bersetuju 'terima kasih' merupakan perkataan yang sukar diluahkan. Terima Kasih kerana mengundi.

Oh ye, hari ni adalah 10 Muharram sunat berpuase. Semalam aku dah puase dah. So hari ni kire hari kedua la. Fit kate sunat pose due hari ni. Esok pon nak puase jugak la. Kepada yang belum makan ape2 dari pagi tadi. Niatla puase dan nnti blehla buke sesama. :) ala bukan selalu pon puase, sehari ni je.

Untuk pengetahuan korang jugak, ini merupakan entri yang keseratus untuk blog ni. Ye memang lambat kan. Blog dah lame bukak, tapi baru entri ke seratus. takpe sikit2, slow2. Berkat kesabaran, akhirnya bilangan pengunjung blog ni mempunyai purata 70-90 orang satu hari. Rekod terbaik adalah 145 pengunjung sehari. Moga2 blog ni akan terus berkembang.

Kalau ramai yg bace baru semangat sket nak post entri terbaru. Kalau lagi ramai, lagi bagus. Blehla aku jual iklan kat blog nih. Emm... sesape berminat nak iklankan ape2 je kat sini pasal projek korang ke, bisnes korang ke sile jumpe dan bincang ngan aku atau email saje ke muhamadsaipul@gmail.com. Harge boleh dirunding. ala murah2 je :)

Terima kasih kepada anda semua kerana setia mengunjungi blog ini. Ajakla kawan2 korang yg lain link ke blog ni gak. Kepada sesiape yang ade link aku, tapi aku tak link balik tinggalkanla name blog korang kat ruangan komen bawah ni. InsyaAllah aku akan link balik.

Kepada yg baru stat blogging. Selamat datang dan marila memeriahkan dunia blog. Jom!

0 Comments: