Monday, May 26, 2008

mahu atau tidak mahu!

mahu atau tidak mahu. terpulang kepada individu. jika setuju dan benar-benar mahu teruskan. jangan teruskan jika atas desakan atau permintaan orang lain. lainla kalu kamu benar2 mahu. kenapa mahu? kenapa perlu? perlukah kamu mahu?

mengapa perlunya kuasa? perlukah kuasa? jika kuasa perlu, perlukah manusia mahu kuasa? jika perlu, kenapa kuasa? bukankah jika seseorang itu berkuasa semakin banyak perkara yang dimahukan lebih daripada apa yang diperlukan?

menurut fizik, kuasa (P = W/t) bermakna kadar melakukan kerja manakala kerja (W = Fs) pula adalah daya yang digunakan/diperlukan pada satu jarak/sesaran. huraiannya secara logik, seseorang yang berkuasa perlu melakukan kerja. tetapi sejauh mana kerja yang dilakukan itu betul2 jujur dan berkesan.

nota: ada sebab saya menulis kaitan tentang kuasa, kerja, mahu, perlu

Sunday, May 4, 2008

kembali memblog

kini saya kembali memblog...tapi mungkin untuk seketika...baru saje habis exam..5 paper, tapi susah yang amat. Bak kate en Amir. Welcome to second year. tapi ni dah nak masuk third year da...ahaks ahaks... okla sedang melayan facebook. MOBWARS

nota: saye kini ber'level' 13

Monday, March 31, 2008

Tidak Boleh Memblog

saya terpaksa menangguhkan dahulu sesi menulis blog untuk beberapa hari ini sebab wireless tak best. Seksyen D3 rosak. Tension2..sesape yang berkenaan tolongla betulkan..tak pon kalu ade sesiapa yg mahu menaja broadband untuk saye, sangat2la dialu-alukan. oh ye, malam ni rasenye nak tonton filem Congkak kat KPS, mari!

nota: pegi tengok filem kalu ade member, kalu tak tak jadi kot...seram!

Monday, March 24, 2008

Berakhirnya Malam

Anugerah Pengarah Projek

Anugerah Bestarian Cemerlang


Malam Anugerah Bestari

Pada Sabtu lepas, 22 mac 2008 saya telah pergi ke makan malam kolej kediaman keempat, MALAM ANUGERAH BESTARI (MAB) di Marriot, Putrajaya. saye pakai ringkas saje. Baju kemeja+seluar panjang kaler hijau. kalau di tanye apekah perasaan, saye akan jawab saye kurang mempunyai perasaan pada malam itu. kepada sesiapa yang tahu, sehari sebelum majlis saye menghadapi masalah muntah. malangnya, sampai malam itu tak dapat juga muntah walaupun saye makan semue makanan dan minuman yang dihidangkan.

bercakap tentang MAB, sudah semestinya kite berkate tentang anugerah. Alhamdulillah, saye telah menerima dua anugerah untuk MAB iaitu Anugerah Bestarian Cemerlang dan Anugerah Pengarah Projek (disampaikan pada fasa 1). Bagi anugerah yang disampaikan, saye merasekan ade beberapa anugerah yang kelakar. saya faham pihak MAB tidak terlibat dalam pemilihan penerima anugerah tetapi mungkin ade individu yang terlebih kuase memilih penerima anugerah. saye tergelak, terdiam, terbangun dan TERSEMBUR ketika senarai penerima anugerah diumumkan.
saye sangat teruja apabila lagu inul dimainkan, saye fikir ianya akan menjadi lebih menarik sekiranya ade penyanyi yang menyanyi secara langsung. selepas tamat majlis, sesi mengambil gambar telah diadakan. saye masih terase loya dan nak muntah. tak terdaye mengambil gambar yang banyak. maaf kepada rakan-rakan kerana tidak sempat mengambil gambar bersame.

kami pergi ke Putrajaya dan melepaskan belon di sana. tiba di kolej jam 3 pagi.tido....

nota: T.E.R.S.E.M.B.U.R....hahaha

Friday, March 21, 2008

Dimanakah penyangkut baju itu??

penyangkut baju hijau....dimanakah???

saya memerlukan dua penyangkut baju yang baru... satu untuk seluar dan satu lagi untuk baju... kalau boleh penyangkut baju tu nak warna hijau... baru match..hihihi...:)

nota: tak faham??? tidak mengapa....bersedia untuk ke MAB

Salam Maulidur Rasul

Salam maulidur rasul kepada semua pembaca, maaf jika anda berasa pelik dengan ejaan maulidur rasul. Saya sendiri tidak pasti ejaan yang betul untuk perkataan itu. Sama ada ejaannya:
  • Maulidur Rasul
  • Maulidul Rasul
  • Maulidurrasul
  • Maulidulrasul

kepada sesiapa yang pasti dengan ejaannya sila tulis di bahagian komen. Selamat hari lahir diucapkan kepada NISA kerana menyambut ulangtahun kelahiran semalam mengikut bulan islam. 12 Rabiulawal 1407 H. Semalam satu sambutan kelahiran Nabi Muhammad telah diadakan di Universiti Malaya. Sambutan yang dimulakan pada jam 8.30 pagi ini telah dimulakan dengan perarakan beramai-ramai oleh warga UM. Penyertaan daripada kolej-kolej kediaman amat memberangsangkan. Perarakan yang dimulakan di dataran DTC telah berakhir di KOMPLEKS PERDANA SISWA. Selepas itu, beberapa program telah diadakan. Saya tidak dapat mengikuti program seterusnya kerana telah pulang ke kolej kediaman.

Sampai di kolej, satu sesi pembasuhan baju telah diadakan. Banyak baju telah dibasuh. Oleh sebab terlalu penat, saya tertidur. Pada waktu yang sama, hujan telah turun. Habis semua baju basah...:( mungkin inilah padahnya jika cuba melarikan diri dari program yang bermanfaat...:)

Antara perkara lain yang menarik yang berlaku semalam adalah saya bersama-sama adzam telah menghantar hanif ke Hentian Putra. Agak menarik jugala sebab akhirnya saya tahu jalan ke Hentian Putra. Satu Majlis Perasmian Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Santapan disertai satu sesi ceramah. Alhamdulillah saya dapat menghadiri majlis tersebut walaupun saya tiba lewat sedikit dan pulang awal sedikit:)

Jika ditanya apa yang membangkitkan ketidak puashatian saya semalam adalah disebabkan pengumuman. Pada pendapat saya, tidak perlu terlalu angkuh untuk memberitahu sesuatu yang bukan sepenuhnya salah kami warga 4th dan sila gunakan perkataan yang tepat untuk menggambarkan situasi yang berlaku. Jangan asyik menuding jari kepada pihak lain tetapi alangkah baiknya jika dapat duduk, bincangkan masalah dan muhasabah diri tentang perkara-perkara yang telah berlaku. Bukankah pemikiran begitu lebih matang?

nota: insyaAllah mulai sekarang saya akan menggunakan bahasa yang betul dalam setiap pendapat saya. Sudah lama sebenanya teringin berbuat begini. 'Budi Bahasa Budaya Kita'