Wednesday, November 19, 2008

Exam dah habis


Peperiksaan akhir telah pun tamat. InsyaAllah jika tidak extend, aku ade satu sem lagi untuk tamat degree aku. Semua doakanlah agar aku tak extend. Secare keseluruhannya, aku rase exam kali ni agak ok la berbanding exam2 sebelum ni. tapi entahla...tak tau nak cakap camne...rase macam boleh buat...

Aku abis exam pukul 1.30 pm 15/11/2008. Berita baik. Pada pukul 1.00 pm, kakak ipar aku bersalin anak pompuan. Alhamdulillah, bertambah lagi anak sedare aku.

Sekarang ni, walau dah abes exam aku tetap ade kat UM. Aku ade kat lab solid. Menyiapkan projek tahun akhir dan menyiapkan data untuk conferrence kat PD 30/11 nih.

Budak2 akustik dah bagi lagu. Tapi cam susah je nak dapatkan lirik lagu tuh. Tak tau camne nak sesuaikan perkataan dengan muzik lagu tu. Cam pelik. Tapi mungkin mule2 je kot. nnti lame2 okla kot.

Aritu aku upgrade blog aku, tak tau plak bile kite dah upgrade SEMUA bende2 kat sidebar ni hilang. So aku terpakse bina balik sidebar tu. Oh ye, kat tepi tu dah ade ruangan muat turun. Sile2la menggunakannya. Kepada sesape yang ade blog tapi aku tak link. Please let me know. Bolehla aku link blog korang sebab list lame dah hilang.

Okla aku nak gi lab nih.

Friday, March 21, 2008

Salam Maulidur Rasul

Salam maulidur rasul kepada semua pembaca, maaf jika anda berasa pelik dengan ejaan maulidur rasul. Saya sendiri tidak pasti ejaan yang betul untuk perkataan itu. Sama ada ejaannya:
  • Maulidur Rasul
  • Maulidul Rasul
  • Maulidurrasul
  • Maulidulrasul

kepada sesiapa yang pasti dengan ejaannya sila tulis di bahagian komen. Selamat hari lahir diucapkan kepada NISA kerana menyambut ulangtahun kelahiran semalam mengikut bulan islam. 12 Rabiulawal 1407 H. Semalam satu sambutan kelahiran Nabi Muhammad telah diadakan di Universiti Malaya. Sambutan yang dimulakan pada jam 8.30 pagi ini telah dimulakan dengan perarakan beramai-ramai oleh warga UM. Penyertaan daripada kolej-kolej kediaman amat memberangsangkan. Perarakan yang dimulakan di dataran DTC telah berakhir di KOMPLEKS PERDANA SISWA. Selepas itu, beberapa program telah diadakan. Saya tidak dapat mengikuti program seterusnya kerana telah pulang ke kolej kediaman.

Sampai di kolej, satu sesi pembasuhan baju telah diadakan. Banyak baju telah dibasuh. Oleh sebab terlalu penat, saya tertidur. Pada waktu yang sama, hujan telah turun. Habis semua baju basah...:( mungkin inilah padahnya jika cuba melarikan diri dari program yang bermanfaat...:)

Antara perkara lain yang menarik yang berlaku semalam adalah saya bersama-sama adzam telah menghantar hanif ke Hentian Putra. Agak menarik jugala sebab akhirnya saya tahu jalan ke Hentian Putra. Satu Majlis Perasmian Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Santapan disertai satu sesi ceramah. Alhamdulillah saya dapat menghadiri majlis tersebut walaupun saya tiba lewat sedikit dan pulang awal sedikit:)

Jika ditanya apa yang membangkitkan ketidak puashatian saya semalam adalah disebabkan pengumuman. Pada pendapat saya, tidak perlu terlalu angkuh untuk memberitahu sesuatu yang bukan sepenuhnya salah kami warga 4th dan sila gunakan perkataan yang tepat untuk menggambarkan situasi yang berlaku. Jangan asyik menuding jari kepada pihak lain tetapi alangkah baiknya jika dapat duduk, bincangkan masalah dan muhasabah diri tentang perkara-perkara yang telah berlaku. Bukankah pemikiran begitu lebih matang?

nota: insyaAllah mulai sekarang saya akan menggunakan bahasa yang betul dalam setiap pendapat saya. Sudah lama sebenanya teringin berbuat begini. 'Budi Bahasa Budaya Kita'