Wednesday, November 19, 2008

Exam dah habis


Peperiksaan akhir telah pun tamat. InsyaAllah jika tidak extend, aku ade satu sem lagi untuk tamat degree aku. Semua doakanlah agar aku tak extend. Secare keseluruhannya, aku rase exam kali ni agak ok la berbanding exam2 sebelum ni. tapi entahla...tak tau nak cakap camne...rase macam boleh buat...

Aku abis exam pukul 1.30 pm 15/11/2008. Berita baik. Pada pukul 1.00 pm, kakak ipar aku bersalin anak pompuan. Alhamdulillah, bertambah lagi anak sedare aku.

Sekarang ni, walau dah abes exam aku tetap ade kat UM. Aku ade kat lab solid. Menyiapkan projek tahun akhir dan menyiapkan data untuk conferrence kat PD 30/11 nih.

Budak2 akustik dah bagi lagu. Tapi cam susah je nak dapatkan lirik lagu tuh. Tak tau camne nak sesuaikan perkataan dengan muzik lagu tu. Cam pelik. Tapi mungkin mule2 je kot. nnti lame2 okla kot.

Aritu aku upgrade blog aku, tak tau plak bile kite dah upgrade SEMUA bende2 kat sidebar ni hilang. So aku terpakse bina balik sidebar tu. Oh ye, kat tepi tu dah ade ruangan muat turun. Sile2la menggunakannya. Kepada sesape yang ade blog tapi aku tak link. Please let me know. Bolehla aku link blog korang sebab list lame dah hilang.

Okla aku nak gi lab nih.

Tuesday, November 4, 2008

Dugaan Exam

sewaktu kalkulator aku berbateri

Dimaklumkan bahawa bateri kalkulator aku dah abes. kalkulator ni dibeli seminggu sebelum SPM 2004 . kire2 4 tahun sudah. aku musykil, org lain punye kalkulator tak pon abes baterinye... mungkin aku ni rajin sangat buat latihan dan mengira :) lagipun kan aku ajar tuisyen, so lebih banyakla aku gune kalkulator nih....

takpela mungkin ni dugaan dan cabaran untuk aku untuk exam kali nih. Ade hikmah jugak bende ni blaku. so aku kene tuka bateri kalkulator, sambil2 tu aku bolehla beli skali pen ngan pemadam....sebab pen aku dah abes dakwat dan pemadam aku tinggal 2 cm je panjangnye untuk semester ini dan semester depan....

Ya Allah, permudahkanla hambamu ini untuk mengambil peperiksaan dan kurniakanlah kecemerlangan hambamu ini dalam peperiksaan yang akan ditempuh...AMIN

Saturday, November 1, 2008

Pantun Ilmu


Study Week sudah berakhir. Mungkin ade sesetengah dari kita menjadikan minggu ini sebagai STUDO week. Minggu Study pada tahun ini merupakan pengalaman yang paling best sekali. 2 orang rumate tiada di bilik. maka meja yang besar ini hanya kepunyaanku seorang. Bilik ini juga kepunyaanku. Segala kemudahan dekat dengan bilik. Internet laju. Wow sangat best. cume pada waktu pagi sehingga petang terpaksa membau asap akibat dari pembinaan di belakang blok D.

Mulai sekarang SEHARUSNYA setiap pelajar sudah bersedia menghadapi peperiksaan. Tapi gunakanla masa2 yang ada untuk mengulangkaji bersungguh2 dan banyak berdoa.

Oleh itu, saya ingin memohon maaf (atas keterlanjuran bahasa dan pergerakan dari awal saye mengenali anda sehingga kini) kepada semua iaitu Keluarga tercinta, pembaca setia blog ini, pembaca saje2, rumate (Zulfadli dan Rushdan), ex rumate (Junaidi, Aizat dan Shaiful) rakan-rakan (Safuan, John Hadi, Ben, Naim, Atong, Apit, Rimau, John Farid, Zainal, Taufio, Ikhmal, Daus, YB, Kiran, Abg Faiz, Angah, Fit, Redha, Shamim, Edi, Bidi, Shahino, Sepot, Hanif, Aza, Jayla, Dira, Ida, Shu, Ika, Shila, My, Kak Efie, Kak Az, Ann, Kak Kaii, Kak Hana, A1, kakak-kakak dan abang-abang), kawan-kawan lab (abg nizam, abg ali, arif, Toong, Yati, Kak Fairus, Kak Hajar, Kak Akma, Kak Zura, Kak Nor, Lim, Ragib, Kak Miza), rakan-rakan fizik (fizi, naza, pedo, lin, del, if, safa, khumai...) dan lain-lain lagi

Jika ada nama tertinggal, haraf maaf. anggapla korang ade dalam senarai 'lain-lain lagi'. Bukannya aku tak ingat, tapi skang ni dah 2.30 pagi. susah nak ingat sume.

Berusahalah menuntut ilmu bukan untuk exam sahaja, tapi untuk masa hadapan anda semua.

Terimalah serangkap pantun dari saya untuk penutup entri ini.

Gas, Pejalan Cecair di tengah,
Stuktur fizik berfasa tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Ilmu yang baik warisan juga.

Sekian, Terima Kasih

Friday, October 24, 2008

Jadual Exam

6/11/2008

  • SJES 1250 (Probability)
  • SMES 3202 (Solid State)
10/11/2008
  • SXEX1102 (Statistics)
11/11/2008
  • SCES1200 (Prinsip Kimia)
12/11/2008
  • SMES2408 (Polymer)
15/11/2008
  • SMES2208 (Optics)