Thursday, July 24, 2008

P3HT and PCBM


Thursday, July 17, 2008

Aku tak mahu tidur lagi!

pernah tak korang rase mengantuk dalam kelas atau lecture??? tipula kalu tak pernah. tido dalam lecture atau kelas bukanla tido sampai lame2 tapi kadang2 kite tak dapat mengawal mate dan terlelap seketika. pastu tersengguk2 (betul ke perkataan nih). ini la yg aku maksudkan tertido dalam post kali nih.

kebelakangan ini aku asyik terlelap seketika dalam lecture (dalam 5 saat) dalam selang mase yang kejap. ala korang pon pernah kan??? hari ni aku sedar dan dapat rasekan perasaan lecturer kalu student tido dalam kelas. sejak kak fairus ngan kak akma cakap Prof Kwek tak suke org tido dalam kelas die, aku rase insaf plak. dorg kate Prof Kwek kalu ajar sangat bersemangat. bile aku fikir2 balik, betul jugak. cume aku je yg tak perasan. lepas nih aku tak akan tertido lagi dalam lecture.

so aku praktikkan usehe aku taknak tido dalam lecture yg selalu aku terlelap iaitu lecture Prof Wan Haliza tadi. rupe2nye memang aku rugi selame ni sebab tertido dan tak amik perhatian dan note dalam lecture die. rugi2. aku dapat sesuatu yg aku tak dapat sebelium nih iaitu pengetahuan yg fresh. jadi, mulai hari ni aku taknak tertido lagi dalam lecture. Lecture takkan jadi boring kalu korang betul2 dengar dan fahami ape yg cube nak disampaikan oleh lecturer.

kepada semua guru dan lecturer yang aku pernah tido dalam kelas mereka. aku minta maaf banyak2. semoga anda memaafkan dan doakan saye tidak tidur lagi dalam lecture. kepada rakan2 semue, marilah kite berubah. jangan tido lagi dalam lecture.

nota: kalau ngantuk sangat, keluar je lecture dan rest jap. pastu masuk balik.

Wednesday, July 16, 2008

Debat Anwar dan Shabery

















ni yg lengkap!

nota: suke tgk org berdebat!

Saturday, July 12, 2008

Kisah guru dan murid

Pada suatu pagi di satu sekolah
menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang
mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan
sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi
begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak
pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana
juga kasih sayang itu nak berkekalan?

C ikgu : Oh, awak nak tahu
ke?.Emmm...b aiklah, sekarang kamu buat
apa yang saya suruh. Ikut je
ye...mungkin kamu akan dapat apa
jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya
harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah
yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di
situ dan sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah
rumput yang PALING cantik yang berada
di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.

Pelaja r : Ok. Saya pergi sekarang dan
buat apa yang cikgu suruh.

Apabil a pelajar tersebut balik semula
ke kelas, tiada pun rumput yang berada
di tangannya. Maka cikgu pun bertanya
kepada pelajar tersebut.

Cik gu : Mana rumput yang cikgu suruh
petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di
atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya
carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi
cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi
sampai di penghujung padang , saya tak
jumpa pun yang paling cantik. Mungkin
ada di antara yang di belakang saya
sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak
boleh menoleh ke belakang semula, jadi
tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.

M aknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita
patut hargai........

(kredit: amer)

nota: sudah jumpekah aku???

Friday, July 11, 2008

Benar-benar sepi

inilah cendol


hari ni rumate aku balik umah. so tinggallah aku sorang je yg ade kat bilik ni. esok rushdan akan masuk bilik aku. rumate baru. harap semuanye ok. borang projek akhir tahun dah anta kat en rosli. tapi paling best tadi lepas jumaat bazli (mat) ajak aku meminum cendol kat tepi kfc tu. lame aku tak makan cendol cam2. sedap!. boleh pergi lagi.

makan petang tadi aku rase sepi sangat. benar2 sepi. pergi makan sorg2, balik sorang2. tapi takpe sebab aku yg pilih jalan camtu. layan jela. pas makan aku tgk org main futsal. aku nampak dorg main dgn gembire skali...agaknye camnela nak kembalikan kegembiraan macam tu pade aku. aku sendiri tak tau.

aku benar2 sepi dan tak tahu ape nak buat. (selain dr buat tutorial n bace jurnal) takpe2 nnti lame2 biasela. InsyaAllah.

nota: MKB tu ape??? sape tau??? ahhh...aku taknak amik tahu!

Thursday, July 10, 2008

Mari mengenal huruf


Hari ni dah stat buat projek final year. tajuk aku adelah
FABRICATION AND CHARACTERIZATION OF POLYMERIC BASED PHOTOVOLTAIC DEVICE AND LIGHT EMITTING DIODE

Material : P3HT
Solvent : Cloroform

mungkin aku akan bukak satu blog untuk menceritakan proses aku melaksanakan projek ni. tunggu ye..kalu jadi aku umumkan...tak jadi pon aku akan umumkan jugak:p

Nota: nyanyian ABC

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

nak tanye tahun depan nak gune ape plak??? nombor???