Klik imej di atas untuk keterangan lanjut.
Tuesday, January 13, 2009
Selamat Tinggal Blog
Klik imej di atas untuk keterangan lanjut.
Ditulis oleh Muhamad Saipul bin Fakir Jam 2:34 PM 6 Komen
Label: Pengumuman
Wednesday, January 7, 2009
Sesuatu Yang Istimewa dan Apa Yang Paling Sukar?
Keputusannya:
69% bersetuju bahawa perkataan ' I Love You ' adalah yang paling sukar diucapkan. Bg aku memang sukar nak ucapkan bende ni. kalau senang takla perkataan ni beharge kan. Pada pendapat aku gak, perkataan ni jadi susah untuk org yg baru nak stat sesuatu perhubungan kot.
15% bersetuju ' Jangan ' sukar untuk diluahkan. 7% bersetuju 'maaf' dan 7% juga bersetuju 'terima kasih' merupakan perkataan yang sukar diluahkan. Terima Kasih kerana mengundi.
Oh ye, hari ni adalah 10 Muharram sunat berpuase. Semalam aku dah puase dah. So hari ni kire hari kedua la. Fit kate sunat pose due hari ni. Esok pon nak puase jugak la. Kepada yang belum makan ape2 dari pagi tadi. Niatla puase dan nnti blehla buke sesama. :) ala bukan selalu pon puase, sehari ni je.
Kalau ramai yg bace baru semangat sket nak post entri terbaru. Kalau lagi ramai, lagi bagus. Blehla aku jual iklan kat blog nih. Emm... sesape berminat nak iklankan ape2 je kat sini pasal projek korang ke, bisnes korang ke sile jumpe dan bincang ngan aku atau email saje ke muhamadsaipul@gmail.com. Harge boleh dirunding. ala murah2 je :)
Terima kasih kepada anda semua kerana setia mengunjungi blog ini. Ajakla kawan2 korang yg lain link ke blog ni gak. Kepada sesiape yang ade link aku, tapi aku tak link balik tinggalkanla name blog korang kat ruangan komen bawah ni. InsyaAllah aku akan link balik.
Kepada yg baru stat blogging. Selamat datang dan marila memeriahkan dunia blog. Jom!
Ditulis oleh Muhamad Saipul bin Fakir Jam 7:59 AM 0 Komen
Label: 100, penghargaan
Photo Session Artis Popular Paling Jimat
Sesi ni dibantu oleh rumate aku : Zul. Die yg jadi tukang pegang kain kat belakang. Dulu aku penah buat gak photo session. Mase tu shamim jd jurukamera. haha
Hasilnye selepas di cetak memang memuaskan. Berkaler2 baju aku. haha
Tuesday, January 6, 2009
Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza
Lentera Timur atau Cahaya dari timur merupekan album ke-13 dari Dato' Siti Nurhaliza. Selepas album Sanggar Mustika, album lantera timur ni merupakan album berkonsepkan tradisional kotemporari.Ada 11 buah lagu dalam album ni. 9 daripadanya adelah hasil dari bengkel Cipta Ekspress MACP - Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza. Wah2 gempak2 name bengkel tu. Cube bayangkan kalau name korang ade kat siti. best2
Setelah mendengar semua lagu2 dalam album ni selama ni 2 hari berturut2. (aizat, sile bayangkan aku dengar lagu yg same setiap kali pon..haha) Ape yg aku boleh katekan, Kesemua lagu2nya sedap2 belaka. Yang paling enak bg aku adelah lagu Bintang Malam ciptaan Johan Nawawi lirik Amran Omar.
Senarai lagu dan ulasan ringkas
Dikayangan Kita
Menarik untuk pembukaan trek. Bunyi macam lagu raye. :)
Bintang Malam
Enaknye lagu nih. Sangat enak bg aku. Tak tau la korang :)
Cinta ini
Memang menguji vokel Siti. Kalau dengar betul2 muzik stat die cam lagu Ku Mahu. Tapi aku rase macam kurang irama malaysia :)
Ada Masa Mata
Unik. Bunyi2 Thai bercampur melayu. Rase nak menggerakkan badan bile dengar lagu nih (sambil mate melirik cam Pontianak Harum Sundal Malam)
Bulan Yang Mesra
Lagu asli, bagusnye lenggok Siti dalam lagu nih. Best2
Seloka Budi
Sedap, rancak tapi macam dah bese dengar lagu2 irama camni.
Rasa Antara Kita
Memang rasa antara kita, jom nyanyi sama2
Senyum Minang Manis
Rase cam Siti umur awal 20 an bile nyanyi lagu nih. Muda sangat rase dan bunyinya
Joget Menanti Kasih
Lagu sedap, lirik baik, penyampaian menarik. Macam dah bese dengar gak
Di Taman Teman
Single pertama album ni. Lain dari yg lain best2
Jelmakan Ayumu
Rase Siti macam terkejar2 nyanyi lagu ni. Tapi penciptaan dan penyampaian sangat best
So senang cite, album ni mmg best la. Pegi la beli. Rumate aku memang meminati Siti. Die tak dapat beli album ni sebab kate org kedai tu dah abes. Cepat betul. Die kate mungkin Siti cetak album ni sikit2. Nnti die akan cetak lagi. So blehla korang beli album ni.

Umobile Lebih Gempak Daripada Biasa
Korang terfikir tak nak gune U mobile? Kepada yg bercinta, sesuai la untuk korang sebab kalau call dari Umobile ke Umobile, tiada caj dikenakan. Mungkin buat mase ni sahaja. Tapi seriyes aku sarankan korang tukar ke Umobile. Wah buat promosi Umobile nih. So pihak Umobile taknak bg ape2 kredit ke utk promosi nih.haha. Pelan yg agak menarik dari Umobile. Care mereke mempromosikan produk pon ok. So aku pon buat keputusan untuk bertukar ke Umobile. Ingin dapatkan pek permulaan. Semasa di Tesco Setia Alam ternampak kedai Umobile jadi aku pon singgah untuk beli nombor.
Aku pon tanye la kat pompuan yg jadi promoter kedai tuh dengan penuh sopan santun. Tapi dijawab dengan sinis oleh promoter kedai tuh. Semua soklan aku dijawab, tapi yg meninggalkan luka di hati aku ni..(ceh) die bernada sinis dalam jawapan die. So aku membuat keputusan untuk tidak membeli pack Umobile tu. Kecewe dengan promoter wanita Umobile Tesco Setia Alam malam jumaat 9 malam 2 Januari 2009.
Monday, January 5, 2009
Buah-Buahan dan Sate Sabak Bernam
Foto kat bawah ni plak, gamba sate yg abg ipar aku beli kat area Sabak Bernam. Kalau korang boleh bezakan, ade due jenis. Ade yg betul2 besar dan satu lagi yg saiz biase. Yg besar tu makan 5 cucuk dah kenyang dah.
Tuesday, December 30, 2008
Aku menang peraduan
Hari ni aku cek kat web tu, wah... name aku ade dalam senarai pemenang. Aku menang beg galas. Tak tau la beg ni camne bentuknye. Belum dpt lagi hadiahnye. Baru umum. Beg tu berharge, tgk la kat gamba bawah nih. :D
Alhamdulillah, aku baru berkire2 nak beli beg baru. Kalu beg ni ok, nampaknye takyahla aku nak beli beg baru. :D
Monday, December 29, 2008
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.
Pemasyhuran tersebut berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti pada kira-kira jam 3.50 petang ini.
Pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, dan disiarkan secara langsung oleh RTM.
Tunku Mukhriz, 59, dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, berikutan kemangkatan Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman Sabtu lalu.
Tunku Mukhriz dipilih daripada empat orang calon. Tiga lagi ialah Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja'afar and Tunku Panglima Besar Tunku Putera Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.
Baginda merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).
Tunku Mukhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya , selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.
Pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diputuskan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau.
Pemilihan itu adalah mengikut garis panduan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Sementara itu, istiadat pemakaman jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman akan dijalankan selepas solat Asar hari ini.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Tuanku Muhriz menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah King George V, Seremban dan meneruskan pengajiannya di Aldenhem School, United Kingdom.
Tuanku Muhriz memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom.
Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal daripada enam putera serta puteri Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah Binti Tuanku Besar Burhanuddin.
Tuanku Muhriz mendirikan rumahtangga dengan Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu dan mempunyai tiga putera iaitu Tunku Ali Redhauddin Muhriz, 31, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz, 26, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 23.
Pada 1967, Tuanku Ja'afar yang juga ayahanda saudara tiri Tuanku Muhriz, dilantik oleh Undang sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, memandangkan usia Tuanku Muhriz yang masih muda pada ketika itu, selepas kemangkatan ayahanda baginda, Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman.
Tuanku Muhriz adalah seorang ahli perniagaan dan pengarah Bangkok Bank.
Ditulis oleh Muhamad Saipul bin Fakir Jam 7:55 PM 0 Komen
Label: Negeri Sembilan
Sunday, December 28, 2008
Awal Muharram 1430 Hijrah
Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 H. Maknenye dah seribu empat ratus tiga puluh tahun dari masa penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.
Marilah kita bersama-sama berazam untuk menjadikan keseluruhan tahun ini (1430 H) lebih baik daripada tahun yang lepas (1429 H).
Oleh itu, kepada sesiapa sahaja yang mengenali aku khususnya pembaca blog aku ni, aku ingin memohon kemaafan kepada anda semua jika terdapat tersalah kata, terkasar bahasa, tersalah laku dan lain2 lagi. Kepada anda semua juga, jika anda ade salah ngan aku, jgn risau aku sudah memaafkan kesalahan anda semua.
Jika ada jarum yg patah,
Jgn disimpan didalam peti,
Jika ada silap dan salah,
Jangan disimpan didalam hati.
Ikhlas dari hati,
saipul fakir
Ditulis oleh Muhamad Saipul bin Fakir Jam 7:22 PM 1 Komen
Label: awal muharram
Monday, December 22, 2008
Yeah! Mari Membuat Karipap
petang tu plak, kakak2 aku yg lain takde. Belum balik kerje lagi. So aku pon dipaksela membuat karipap. ala tolong kelim karipap tu je. tak susah pon. dulu kecik2 penah buat. dah besar ni malas plak. lame tak kelim karipap nih. agak banyak gakla. dalam 2 talam (aku panggil dulang=talam).
ha.. korang jgn ingat aku tak tau buat karipap... sebenanye kacang je nak buat tu... yg penting bakat...haha
malam tu plak aku gi supermarket Giant kat Shah Alam tu. Aku ngan abg aku nak beli air soya. sedap dowh. abg aku beli 2 dozen= 24 kotak air soya saiz yg besar tu. haha.. hari2 aku minum air soya tu je...
pastu aku beli rak. perancangannye untuk letak buku2 yg ade kat bilik aku nih. tapi bile dah pasang aku letak baju2 aku ok gak. so skang ni rak tu dah jadi rak baju la. haaa aku pasang sendiri tau rak nih. ala tak susah mane pon nak pasang. Pasang2 skru je, tetibe dah siap. so sape kate aku takleh pasang rak nih
ceh baru aku prasan post blog kali ni macam nak mempromote yg aku boleh buat itu, boleh buat ni macam2 lagi kan...sebenanye takde niat pon nak wat camtu. kalu ade niat pon, suke aku la nak tulis ape, dah blog aku kan?
Saturday, December 20, 2008
PC Fair
External hardisk 120GB = RM 119
Pendrive 4GB = RM 25
Pendrive 8GB = RM (tak ingat)
Hard disk 80GB = pon tak ingat gak
aku plak beli,
bluetooth device = RM 18
Pendrive 4GB = RM 26
Hari Raya Haji
Ye memang post kali ni lambat sangat, saje je tulis sehari terus, banyak2.
Raye tahun ni ni sume org raye kat sini. Sume tido sini. Tahun ni family aku buat korban, tujuh bahagian semuenye bermaksud seekor lembu. Tahun ni kitorang buat korban untuk mak, bapak ngan abg2 aku (abg ipar pun termasuk skali). So oleh kerana keluarga aku ramai, hanya sebahagian sahaje yg dapat bahagian untuk korban kali ni.
Tahun depan giliran kakak2 aku (kakak ipar pun termasuk sekali). Nampaknye giliran aku lambat lagi la nih. Sehari sebelum raya, orang lembu tu datang anta lembu kat umah. Lembu tu diikat kat pokok rambutan yg kat depan umah aku nih.
Buat pertame kalinye aku menolong melapah/menyiat daging lembu tu.dah besar la..kene la tolong sket (walaupun sebenanye kene pakse) Aku masih boleh rase kepanasan daging lembu tu. Ade daging yg masih bergerak2. kagum2
Daging tu diletak kat dalam 7 dulang. 3 dulang diambil untuk buat kenduri tahlil dan 4 dulang dibungkus untuk dibahagi2kan kepada jiran2. kire2 1.5 kilo untuk setiap rumah. layan.
Malam tu plak, ade kenduri tahlil. banyaknye makanan. semuanye berjalan lancar.
Friday, December 5, 2008
Gambar ke Klip
Thursday, December 4, 2008
Cite pasal conferrence RCSSST 2008
Sampai Tiara Beach Resort pukul 5.00 ptg. Register bilik ngan register untuk conferrence. Kitorg di beri bilik A-1-22, A-1-22A, A-1-26.
kitorang kene buat poster presentation. pagi 1 hb tu kitorang tampal poster dan mendengar oral presentation. Bile habis sume tuh, kitorng cepat2 tuka baju dan terjun kat kolam mandi. Kedalamannye 1.2 meter. Ala takat dade aku je. tapi kalu abg nizam dah sampai leher dah...haha
malam tu ade dinner dan majlis perasmian. makan ok. layan je. malam tu gakla kitorang dapat tgk bulan yg cantik tuh...abg nizam ade amik gambar.nnti kalu aku dah dapat gambar tu aku post kat blog ni eh..
next morning, buat perkare yg same. kak fairus mengalami masalah di telinge. so tak dapat join kitorang. sampai demam2 katenye. bile tgh hari tu, Prof Saadah bg speech. Bangge plak aku bile ade wakil UM yg bagi speech.
belah petang plak, majlis penutupan. Dgr ucapan yg lebih kurang pastu penyampaian sijil untuk top ten poster presentation. Ade 147 penyertaan. Dari 3 poster student Dr Khaulah, 2 menang iaitu poster aku ngan lim dan kak fairus ngan abg ali. tahniah kepade kami.
amik2 gamba pastu makan. pastu balik. rupe2nye kalu conferrence ni macam ni. sebab aku tak penah pegi sebelum ni so aku tak dapatla nak compare ngan conferrence lain. tak banyak sangat gambar yg diambil gune hp aku. sebab kebanyakkannye diambil gune kamera abg nizam. nnti aku share..
Dr Khaulah bg undergrad student die cuti seminggu. minggu depan plak post grad cuti. so dak2 undergrad kire cuti 2 minggu la...
Ditulis oleh Muhamad Saipul bin Fakir Jam 8:20 AM 0 Komen
Label: conferrence, jalan2, port dickson, solar cell
