Wednesday, July 9, 2008

Minum air kosong 8 gelas sehari

gelas berisi air kosong

Pakar berpendapat tiada bukti air banyak manfaat kepada tubuh

LONDON: Sekumpulan saintis menyangkal dakwaan bahawa meminum lapan gelas air sehari adalah baik untuk kesihatan manusia sebaliknya menyifatkan ia sebagai satu mitos.

Kumpulan saintis itu berpendapat bahawa sehingga kini tiada bukti dengan meminum sejumlah besar air dapat memberi manfaat kepada kesihatan seseorang dan mereka tidak mengetahui bagaimana kepercayaan itu boleh tersebar.

Kumpulan pakar buah pinggang di Amerika Syarikat membuat kajian terhadap dakwaan bahawa dengan meminum lapan gelas air sehari dapat membuang toksin dalam badan, menghalang kenaikan berat badan dan meningkatkan tona kulit.

Dr Dan Negoianu dan Dr Stanleu Goldfarb dari Bahagian Hypertensi, Elektrolit dan Renal di Universiti Pennsylvania berkata bahawa tiada satu kajian menunjukkan bahawa purata kesihatan manusia memerlukan untuk meminum sejumlah air melebihi 1.5 liter setiap hari.

"Tidak jelas dari mana datangnya cadangan seumpama itu," kata mereka dalam Journal of The American Society of Nephrology.

Penyelidik mendapati beberapa bukti bahawa individu yang dalam keadaan panas, cuaca kering dan juga atlit perlu meningkatkan jumlah air yang diminum. Kajian juga menunjukkan bahawa meminum banyak air juga membantu badan mengeluarkan garam dan dan urea.

Tetapi tiada kajian mendapati adanya manfaat kepada organ sekiranya pengambilan air adalah berlebihan.

Dr Negoianu dan Dr Goldfarb turut menyiasat teori bahawa meminum lebih banyak air boleh menyebabkan kita berasa kenyang dan hilang selera makan.

Ada pendapat mengatakan bahawa perkara ini dapat mengekalkan berat badan sihat dan mengatasi obesiti tetapi tiada bukti terhadap dakwaan itu. - Agensi

(kredit : mirakimura)

Di kolej kami, air yang disediakan adalah air kosong.

nota: kat bilik minum air kosong, kat dewan pun minum air kosong. nak gule gak!

Monday, July 7, 2008

keSEPIan part 3

http://www.sepithemovie.

Ranking Cerita Terbaik
  1. Sepi 2
  2. Sepi 1
  3. Sepi 3
Ranking Pelakon Terbaik (Top 10)
  1. Tony Eusof (Sufi)
  2. Afdlin Shauki (Adam)
  3. Baizura Kahar (Imaan)
  4. Eja (Marya)
  5. Nasha Aziz (Suzi)
  6. Vanida Imran (Ilyana)
  7. Ashraf (anak Sufi, name die sape tah)
  8. Syed Hussein (Ean)
  9. Pierre Andre (Khalil)
  10. Riezman (Zain)
ape2pun, cerita ni adelah cerita yg aku sarankan anda untuk tonton. sekarang ni cerita ni masih ditayangkan di pawagam. Selamat Menonton!

aku cadangkan org2 berikut untuk menonton:
  1. kak efie
  2. ben
nota: habis dah ulasan.

Saturday, July 5, 2008

Selamat Hari Lahir!

bg muffin plak la, kek dah bg kat kak efie

selamat hari lahir yang ke 21 buat aza, semoga panjang umur, murah rezeki, dicucuri rahmat dan berjaya di dunia dan akhirat. aza ni adalah kawan perempuan yang pertame aku kenal bile masuk um@4th. best gak kawan ngan die nih. macam2 blaja dari die... terima kasih sebab sudi kawan ngan aku yg bengong ni... selamat hari lahir...




kami July babies


kami July babies

Thursday, July 3, 2008

keSEPIan part 2

semase membali tiket, org yg jage tiket tu bg aku row yg banyak orang. aku decline. aku mintak duk dkt sikit dgn pintu. segan pulak tengok cerite pasal cinta tapi pegi sorang2 (sah2 tak laku). Hall 3, H14. betul2 dekat ngan pintu masuk. takla malu sangat.:p

Ulasan filem SEPI

Sepi 1:
Adam - Ilyana - Suzi
cinta tak datang hanya sekali bagi adam, meskipun setelah yakin cintanya terhadap Ilyana tidak akan kesampaian. namun cinta datang lagi untuk dirinya apabila Ilyana membatalkan perkahwinannya. kesian Suzi.
bagus kalu bersama dgn orang yg sayang atau suka kite walaupun kite kurang sayang atau suka ngan die tapi lagi bagus kalu org tu sayang kat kite dan kite sayang kat orang tuh. jadi anda tunggu dan pilih yg mane???

Sepi 2 :
Marya - Sufi - Zain
boleh dikatakan peranan zain dalam sepi kalu takde pon takpe. peranan die boleh diganti dengan kate2 "suami saya". walaupun lakonan die ok, tapi bg aku watak ni kalu ditiadakan pon takpe. kurang memberi impak. lain pulak ngan watak sufi, watak ni sangat bg impak pada jalan cerita ni. lakonan die pon bagus. gandingan ngan Marya bg aku sangat sesuai. Watak Marya memang sesuai pada pelakonnya. cerita cinta ni yang paling menyayat hati bg aku. kesian sangat. cinta tak datang hanya sekali tapi kita tak tahu bile ia akan datang. mungkin sudah terlalu lewat untuk menagih cinta kali kedua. pedih! masa memang mencemburui kita...cinta kedua terpaksa dibohongi kewujudannya kerana masa.

Sepi 3 :
Imaan - Ean - Khalil
klise. aku dah dapat tahu dah cite ni camne bile die mule play babak tuk cite nih. yang best tentang cerite yang ketiga ni hanyelah pelakon2nya kecuali pierre andre. bukan salah die lakonan tak best. tapi disebabkan entahla...ade yg tak kene ngan lakonan die nih...kakula pierre...cinta kedua akan muncul sekiranya kite memberi peluang. tapi bersediakah kite memberi peluang kepada cinta kedue, ketiga, keempat.....

sekian tengkiu...sambungan part 3

Wednesday, July 2, 2008

keSEPIan part 1

kepada sesiapa yg membace blog nih slalu die akan prasan yg filem SEPI merupakan filem pilihan aku tuk bulan Jun. mmg lame sangat terase nak tunggu filem ni kuar. so, pada hari isnin, aku telah mengeluarkan diri aku dari rumah untuk menyaksikan filem ini di pawagam. tapi sebelum tu aku pegi bukak akaun maybank kat klang.

lepas je bukak akaun maybank, aku terus bergegas ke bangunan centrepoint (ntah camne tah ejaan die) bahagian atas sekali bagi menyasikan filem SEPI di pawagam. tapi malangnye, filem itu tidak ditayangkan di GSC klang.

sebab aku mmg nak tengok cite nih, so aku gagahkan kaki aku gak naik bas transnasional, bayar RM2.50 sampai midvalley. dalam hati aku cakap..."perghhh semangat gile, sanggup pegi sampai midvalley sebab nak tgk cite nih" aku dah tak kesah dah, yg penting kau dapat tgk cite nih. beratur punyela panjang dekat nak 30 minit gakla..ye aku beratur sesorang untuk membeli satu tiket untuk diri sendiri.. bile aku dah sampai row yg paling depan dalam barisan tuh, ade sorang pompuan berbaju kuning ni, perbualan kami adalah seperti berikut:

saii : s
pompuan baju kuning : pbk

pbk : hello, can i buy the ticket with you?
s : no!
pbk : ok

a few seconds later after talking to the phone (with his boyfriend maybe)

pbk : i'm sorry, what movie do you want to watch?
s : SEPI!
pbk : nevermindla... i just buy the ticket with you....
s : i'm sorry. do you see that girl? (sambil menunjukkan sorg gadis yg bermuka masam dekat2 ngan McDonalds) that's my girlfriend. i'm afraid if i buy the ticket with you, she will get angry.
pbk : ok2 i'm sorry!

kepada gadis berbaju kuning, aku mintak maaf sebab tipu kau. yela, aku beratur panjang2 dari belakang sane sampai depan. ko senang2 je nak duk kat depan tuh nak beli tiket ngan aku. banyak cantik muke ko. aku ade beberape cadangan untk ko:
  1. buat reservation
  2. beratur dari belakang
  3. datang awal, so xla beratur panjang
  4. suruh boyfriend//kawan ko tu sampai awal sket.
sekian terima kasih...bersambung di part 2

Sunday, June 22, 2008

Macam-macam hal

pagi-pagi pergi menoreh,
menoreh getah di atas bukit,
seluruh badan terasa letih,
kerja yang banyak bukannya sedikit.

semalam pagi-pagi dah pegi kebun getah untuk menoreh. kalu masuk semalam dah 3 hari dah. ade peluang jadi kaye nih...bayangkan kalu sehari boleh dapat around 30-40 kg, pastu sekilo RM 4.80. Darablah sendiri. semalam best sikit sebab abg nuri pon ikut skali. adela die tolong sikit2. Ingat bile dah balik mandi pastu terus pegi asrama. Tapi dah pegang laptop, so lambat la nak mandi (ye badan aku bau getah).

semalam kakak aku masak soto. pastu masak sayur ranti ngan santan. kenyang. sebenanye semalam dak2 Asrama Yayasan Selangor (ATDI) batch 2000-2004 ade reunion kat asrama. aku nak pegi. Tapi tak dapat pegi atas sebab yang tak dapat dielakkan di saat2 akhir.

semalam juga aku telah ke KFC kapar. Mase sakit aritu ade cakap kat mak kalu dah sihat nnti nk ajak makan KFC. so dah tertunai dah semalam. Alhamdulillah.

bile malam menjelme aku telah menerima khabar yang aku tak suke. die buat lagi. ketidaksukaan aku terhadap die semakin menebal. tak sukenye die nih. padan muke, kekasih hati ko sudah tiade. what will happen next. we'll see.

ade org cakap, aku tetap chomel bile botak hahaha...:)

nota : saya = aku