Tuesday, November 4, 2008

Dugaan Exam

sewaktu kalkulator aku berbateri

Dimaklumkan bahawa bateri kalkulator aku dah abes. kalkulator ni dibeli seminggu sebelum SPM 2004 . kire2 4 tahun sudah. aku musykil, org lain punye kalkulator tak pon abes baterinye... mungkin aku ni rajin sangat buat latihan dan mengira :) lagipun kan aku ajar tuisyen, so lebih banyakla aku gune kalkulator nih....

takpela mungkin ni dugaan dan cabaran untuk aku untuk exam kali nih. Ade hikmah jugak bende ni blaku. so aku kene tuka bateri kalkulator, sambil2 tu aku bolehla beli skali pen ngan pemadam....sebab pen aku dah abes dakwat dan pemadam aku tinggal 2 cm je panjangnye untuk semester ini dan semester depan....

Ya Allah, permudahkanla hambamu ini untuk mengambil peperiksaan dan kurniakanlah kecemerlangan hambamu ini dalam peperiksaan yang akan ditempuh...AMIN

Saturday, November 1, 2008

Pantun Ilmu


Study Week sudah berakhir. Mungkin ade sesetengah dari kita menjadikan minggu ini sebagai STUDO week. Minggu Study pada tahun ini merupakan pengalaman yang paling best sekali. 2 orang rumate tiada di bilik. maka meja yang besar ini hanya kepunyaanku seorang. Bilik ini juga kepunyaanku. Segala kemudahan dekat dengan bilik. Internet laju. Wow sangat best. cume pada waktu pagi sehingga petang terpaksa membau asap akibat dari pembinaan di belakang blok D.

Mulai sekarang SEHARUSNYA setiap pelajar sudah bersedia menghadapi peperiksaan. Tapi gunakanla masa2 yang ada untuk mengulangkaji bersungguh2 dan banyak berdoa.

Oleh itu, saya ingin memohon maaf (atas keterlanjuran bahasa dan pergerakan dari awal saye mengenali anda sehingga kini) kepada semua iaitu Keluarga tercinta, pembaca setia blog ini, pembaca saje2, rumate (Zulfadli dan Rushdan), ex rumate (Junaidi, Aizat dan Shaiful) rakan-rakan (Safuan, John Hadi, Ben, Naim, Atong, Apit, Rimau, John Farid, Zainal, Taufio, Ikhmal, Daus, YB, Kiran, Abg Faiz, Angah, Fit, Redha, Shamim, Edi, Bidi, Shahino, Sepot, Hanif, Aza, Jayla, Dira, Ida, Shu, Ika, Shila, My, Kak Efie, Kak Az, Ann, Kak Kaii, Kak Hana, A1, kakak-kakak dan abang-abang), kawan-kawan lab (abg nizam, abg ali, arif, Toong, Yati, Kak Fairus, Kak Hajar, Kak Akma, Kak Zura, Kak Nor, Lim, Ragib, Kak Miza), rakan-rakan fizik (fizi, naza, pedo, lin, del, if, safa, khumai...) dan lain-lain lagi

Jika ada nama tertinggal, haraf maaf. anggapla korang ade dalam senarai 'lain-lain lagi'. Bukannya aku tak ingat, tapi skang ni dah 2.30 pagi. susah nak ingat sume.

Berusahalah menuntut ilmu bukan untuk exam sahaja, tapi untuk masa hadapan anda semua.

Terimalah serangkap pantun dari saya untuk penutup entri ini.

Gas, Pejalan Cecair di tengah,
Stuktur fizik berfasa tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Ilmu yang baik warisan juga.

Sekian, Terima Kasih

Friday, October 24, 2008

Jadual Exam

6/11/2008

  • SJES 1250 (Probability)
  • SMES 3202 (Solid State)
10/11/2008
  • SXEX1102 (Statistics)
11/11/2008
  • SCES1200 (Prinsip Kimia)
12/11/2008
  • SMES2408 (Polymer)
15/11/2008
  • SMES2208 (Optics)

Wednesday, October 22, 2008

Sedang Sibuk


Oh ye, kepada sesiapa yg berkelapangan masa hari khamis, 23/11/2008. Jemputla datang ke DTC menyaksikan pesta KO-K. Turn saye pade pukul 11.30 pagi. Asas Teater Moden. Watak kecik2 je...

Saya sedang sebuk. Mengulangkaji pelajaran untuk exam final semester ini. Good Luck semua...

Friday, September 5, 2008

Jalan Nakhoda Yusof 1

Asrama Tun Dr Ismail (ATDI) Yayasan Selangor
untuk pengatahuan korang ini adelah asrama aku dari form 1 hingga form 5. kat asrama ni aku bersekolah di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. penduduk asrama aku ni terdiri dari pelajar2 dari 7 sekolah di sekitar KL dan PJ. pelik??? takpela nnti dalam satu post yg lain aku cite pasal asrama aku ek... aku ngajar tuisyen fizik kat asrama ni la...
Jalan Nakhoda Yusof 1, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur
Suasana di waktu malam
Test
Introductory Probability SJES1250. entahla, macam yakin jek :)
Menoreh
kalu hari tak hujan, pastu aku duduk kat umah, aku akan pegi menoreh pagi2 dalam pukul 7 - 9 pagi. mak aku ade kebun getah. usia pokok getah kat sini lebih kurang 33-35 tahun. tua kan??? aku pon belum lahir lagi...menoreh ni best. sihat. cume yang aku takleh tahan.nyamuk die banyak sangat macam kelkatu....
Pokok Getah
Susu Getah
Getah yg sudah beku dan sudah boleh dijual. lebih kurang RM 3.50-RM4.50 sekilo. sehari leh dapat dalam 20-30 kilo.layan...

Rakan
Zainal Abidin bin Ali. untuk sem ini, die ni partner aku untuk tutorial solid state. kitorg satu kelas dan tutorial dalam subjek statistik, probability, prinsip asas kimia, optik.beliau ni juge pemain gitar popband dan akustik. beliau juge dikenali sebagai 'mattoy'. blog beliau, sila klik sini
sebelum amik test probability

Teka Gambar
ni gambar ape??? cube teke....
nota: sile la teke yek

Malam Fizik

Pada 29 Ogos 2008, malam fizik telah diadakan. kire cam pengumpulan dak2 fizik la...time ni la nak jumpe org dari jabatan sendiri. yela, tiap2 hari asik jumpe org yg same je...malam tu jela kesempatan kitorg nak jumpe... aku nyanyi malam tu, Diari Seorang Lelaki. si saiful patrick plak nyanyi lagu Home. Aku tak suke lagu yg aku nyanyi tu...tak pernah pon berusehe utk suke. tapi dah dorg bagi, layan jela....

ni la antara gamba2 malam tu..kalu sesape nak gamba lain,nntila kalu ade kesempatan aku upload lagi ek...

Backdrop yg dibuat oleh nabila n team (cantik2)
Tiket fizik night aku. no cabutan bertuah B060. hilang dah tiket nih. seb baik sempat amik gamba
Kamila project student Dr Khaulah
bersame 'musuh' hahahaha...time kasih yati ko bungkuskan aku ayam
kami suke bercerita semasa buat experiment - kak fairus
bersame abg nizam...
e eh arif pun ade?? fuh pose blagak tuh...teruk maaa.....
Physics 3rd year student (male)..ade gak yg takde...
kami lagi..tapi kali ni tanpa ragib
tanpa ragib n shamim kami menjadi lebih hensem...hahahaha
3rd year fizikawan
air teh yg pahit...

nota: tahun depan sile buat lagi yek malam fizik nih...